Thursday, May 26, 2011

Info: Pembekuan Pengambilan, Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong di Semua Agensi Kerajaan

Surat Edaran Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang surat edaranya memaklumkan bahawa Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri. Di bawah merupakan point yang penting yang perlu anda ketahui daripada surat edaran tersebut.

- Dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai perjawatan dan gaji sektor awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 06 Mei 2011 bersetuju supaya semua jawatan kosong dimansuhkan berkuatkuasa 01 Jun 2011

- Walaubagaimanapun, jawatan-jawatan gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa yang melantik dikecualikan

- Ini bertujuan untuk menyelaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service)

- Untuk melaksanakan keputusan ini, Pihak Berkuasa melantik diminta memastikan urusan pengambilan baru dibekukan berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan sehingga 31 Ogos 2011 kecuali urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temuduga untuk pelantikan.

- Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelaksanaan keputusan ini: Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG INI, ANDA BOLEH MEMBACA SURAT EDARAN YANG DIKELUARKAN OLEH JPA. [KLIK SINI]

Blogger templates

Dapatkan Informasi Jawatan Kosong Terus ke INBOX/SPAM Email Anda Secara Percuma Dengan Melanggan.

Masukkan Email Anda:

*Semak Email Anda Untuk Tujuan Pengaktifan

 

Popular Posts

search kerja

Custom Search

fp

in

Close