Friday, June 17, 2011

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) by Lembaga Tabung Haji (TH)

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji (TH), Kerja Kosong di Lembaga Tabung Haji (TH), Jobs Malaysia 2011, Jawatan Kosong Terkini, Kerja Kosong Jun 2011, Peluang Kerjaya di Lembaga Tabung Haji (TH), Jobs Vacancy at Lembaga Tabung Haji (TH), Career at Lembaga Tabung Haji (TH), logo Lembaga Tabung Haji (TH), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) THTabung Haji adalah Organisasi Islam yang bertekad untuk menjadi Tunggak Kejayaan Ekonomi Ummah dan Pengurusan Haji yang Terbilang. Bagi menjayakan aspirasi Negara serta menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), TH mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) TH.

Matlamat utama SL1M TH adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran (employability) graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN
- Graduan Warganegara Malaysia Beragama Islam
- Belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf dengan purata minima PNGK (CGPA) 2.5 ke atas

PERLAKSANAAN PROGRAM
- Menjalani latihan on-job training dengan pekerjaan sebenar di TH sehingga 1 tahun
- Latihan soft skills selama 2 minggu dalam tempoh berkenaan
- Akan diberi Elaun Latihan
- Diberi perlindungan insurans dalam tempoh latihan

CARA MEMOHON:-
- Siswazah boleh memohon terus secara online atau memuat turun borang melalui laman web rasmi TH www.tabunghaji.gov.my
- Pemohon yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani temuduga

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Jun 2011

Blogger templates

Dapatkan Informasi Jawatan Kosong Terus ke INBOX/SPAM Email Anda Secara Percuma Dengan Melanggan.

Masukkan Email Anda:

*Semak Email Anda Untuk Tujuan Pengaktifan

 

Popular Posts

search kerja

Custom Search

fp

in

Close