Wednesday, March 28, 2012

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 122 Kekosongan

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 (9 kekosongan)
2. Jurutera Gred J41 (1 kekosongan)
3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (1 kekosongan)
4. Pegawai Undang-undang Gred L41 (1 kekosongan)
5. Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29 (1 kekosongan)
6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 (14 kekosongan)
7. Penolong Akauntan Gred W27 (5 kekosongan)
8. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17 (62 kekosongan)
9. Pembantu Akauntan Gred W17 (15 kekosongan)
10. Juruteknik Gred J17 (1 kekosongan)
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (2 kekosongan)
12. Pemandu Gred R3 (10 kekosongan)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cara Memohon:-
BAGI CALON-CALON LUAR LPP
(a) Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my

(b) Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.

(c) Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.

BAGI ANGGOTA LANTIKAN LPP
(a) Permohonan dari kalangan “staff” LPP hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP (http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web JobsMalaysia.

(b)Permohonan dihantar terus kepada:

KETUA PENGARAH,
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG,
MENARA LPP,
NO.20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,
50480 KUALA LUMPUR

(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 9 April 2012

Blogger templates

Dapatkan Informasi Jawatan Kosong Terus ke INBOX/SPAM Email Anda Secara Percuma Dengan Melanggan.

Masukkan Email Anda:

*Semak Email Anda Untuk Tujuan Pengaktifan

 

Popular Posts