Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan–jawatan berikut :-1. Akauntan [W1-1]
2. Penolong Pegawai Undang-undang [L2-1]
3. Pembantu Operasi (Penghantar Notis) [ N5-1]
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia atau boleh melayari melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson di www.mppd.gov.my
b) Semua borang permohonan hendakalah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa/ Penghulu / Pengerusi / JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan seperti berikut:-
i) Salinan kad pengenalan;
ii) Salinan surat beranak;
iii) Salinan sijil-sijil kelayakan;
iv) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan; dan
v) Sekeping gambar berukuran passport.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi.
d) Nama jawatan hendaklah di tulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Tarikh Tutup Permohonan Pada 8 MAC 2012 (KHAMIS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG SWASTA & KERAJAAN 2012 {KLIK SINI}



Available Jobs 


